Tuesday, 5 August 2014

Pengenalan

Kebebasan berhimpun ialah hak asasi manusia untuk berkumpul secara aman untuk menyuarakan pendapatbagi kepentingan bersama. Ini termasuk hak untuk berhimpun di tempat awam, membentuk kumpu- lan dan untuk berarak. 

Kebebasan berhimpun adalah asas kepada sistem demokrasi yang matang. Ia membolehkan rakyat menyuarakan pendapat tentang isu- isu semasa secara kolektif dan menekan kerajaan untuk menunai- kan tuntutan rakyat. Kebebasan inilah yang mampu men- dorong rakyat untuk bersatu padu dan mengukuhkan suara kolektif, bagi menuntut kepentingan bersama.

Kesan buruk perhimpunan haram di Malaysia


Perhimpunan Haram Akan Beri Kesan Pada Perdagangan dan Pelaburan Malaysia.

Perhimpunan haram yang dijangka pada Sabtu ini akan memberi kesan (negatif) kepada perdagangan dan pelaburan Malaysia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.
Katanya perhimpunan haram itu akan mewujudkan satu kesan negatif kepada pelaburan langsung asing (FDI) yang meningkat secara signifikan, dari tahun ke tahun.
Mukhriz berkata kestabilan politik adalah kriteria yang sangat penting di dalam usaha negara ini untuk menarik FDI dan sehingga ini, Malaysia sangat berjaya di dalam usaha itu.
“Banyak pelabur, yang pada peringkat awalnya merancang melabur di negara jiran, telah mengalihkan rancangan mereka untuk melabur di Malaysia selepas berlaku krisis politik di negara yang disasarkan pada asalnya.
“Sekarang, jika kita berhadapan krisis yang sama di sini, tanggapan para pelabur terhadap Malaysia dan Asean, secara umumnya, akan menjadi negatif,” katanya kepada pemberita di sini Selasa selepas satu majlis perkongsian pengetahuan dengan kira-kira 45 pelajar universiti yang ditawarkan melakukan latihan di seberang laut.
– BERNAMA
Perhimpunan haram dikhuatiri cetus rusuhan kaum
KUCHING: Tindakan Persatuan Anak Muda Sarawak untuk mengadakan Perhimpunan Haram di Padang Merdeka, 31 Disember ini, mendapat kecaman dari Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Ketua Pemuda PBB, Datuk Haji Fadillah Yusof berkata, perhimpunan itu dikhuatiri akan mencetuskan pertelagahan antara kaum di Sarawak.
“Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh mencetuskan suasana tidak tenteram, huru-hara dan menjejaskan keharmonian kaum yang dinikmati rakyat pelbagai kaum selama ini.
“Tindakan pihak terbabit sama sekali bercanggah dengan nilai-nilai budaya di Sarawak yang dihuni kira-kira 30 suku etnik yang selama ini hidup aman dan harmoni,” tegasnya.
Malah, katanya, rakyat beragama Kristian baru sahaja menyambut perayaan Krismas dalam suasana aman harmoni dengan budaya saling mengunjungi tanpa mengira kaum dan anutan agama berdasarkan konsep 1Malaysia yang menjadi nadi kekuatan perpaduan di Sarawak.
Menteri Kerja Raya itu menasihati rakyat di semua peringkat usia supaya tidak terpengaruh dengan hasutan persatuan terbabit atau mana-mana pihak berkepentingan yang mahu mencetuskan suasana huru-hara dan porak-peranda menerusi perhimpunan sedemikian.
“Kita perlu sama-sama memelihara keharmonian kaum dan keamanan di negara ini dengan menggunakan saluran yang betul untuk menyatakan rasa tidak puas hati, bukannya bertindak melakukan perhimpunan yang kononnya aman tetapi boleh bertukar menjadi insiden yang tidak diingini,” katanya.
Tambahnya, negara ini memiliki saluran demokrasi berparlimen dan Dewan Undangan Negeri atau kepada kementerian untuk menyampaikan rasa tidak puas hati atau apa jua masalah tanpa perlunya mencetuskan huru-hara.
“Saya menggesa semua pihak memelihara keamanan  dan keharmonian kaum dengan menghindarkan diri daripada terlibat dengan perhimpunan sedemikian demi mengelakkan kejadian tidak diingini tercetus di negara yang kita cintai ini,” ujarnya.
PBB akan memantau keadaan dan akan membuat laporan polis sekiranya perlu.
Jika tidak, perkara itu mampu mengganggu keharmonian dan kestabilan yang akan dikecapi menjelang ambang tahun baru nanti dengan insiden yang tidak dijangka.
“Justeru, kita perlu sama-sama memfokuskan perhatian dalam usaha untuk membangunkan negeri Sarawak demi kesejahteraan rakyat, bukan sebaliknya.
“Apa yang kita harapkan adalah sambutan kali ini diraikan secara aman tanpa melibatkan perhimpunan jalanan yang diharapkan oleh pihak tertentu untuk mengucar-kacirkan keadaan,” katanya.

Perhimpunan haram salah di sisi undang-undang.
Mari saya terangkan dalam perlembagaan persekutuan Malaysia, Perkara 10,Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuh Persatuan. bermaksud 

Setiap warganegara mempunyai hak untuk bebas bercakap bagi mengeluarkan buah fikiran, berhimpun secara aman dan berhak menubuhkan persatuan. 

Begitulah perkara yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Kebebasan bercakap dihadkan kepada kata-kata yang tidak menjadi fitnah, kata-kata yang tidak menjadim hasutan, kata-kata yang tidak mencerca mahkamah atau yang melanggar hak keutamaan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

 Sesiapa yang menyebut, menulis, mencetak, menjual atau menyiarkan perkataan-perkataan yang mempunyai maksud hasutan dan menyoal perkara-perkara sensitif seperti seperti hak keistimewaan orang Melayu dianggap sebagai melakukan kesalahan mengikut undang- undang dan mereka boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda sebanyak Rm5000. 

Warganegara juga berhak untuk berhimpun secara aman tanpa bersenjata. Sungguhpun demikian, perhimpunan yang terdiri daripada 15 orang atau lebih adalah haram di sisi undang-undang jika maksudnya adalah untuk menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan kerajaan atau pihak yang berkuasa. Di samping itu juga, isu-isu sensitif tidak boleh dibangkitkan dalam perhimpunan dan pengucapan umum. 

Selain itu, setiap warganegara Persekutuan berhak menubuhkan persatuan dengan syarat persatuan tersebut tidak mengugat kepentingan, keselamatan dan ketenteraman awam. Sesebuah persatuan itu akan dibatalkan pendaftarannya sekiranya difikirkan pertubuhan itu digunakan untuk maksud yang memudaratkan kepentingan keselamatan Persekutuan dan keamanan awam. 


Jelas dalam Perlambagaan Persekutuan Malaysia Perkara 10, Tidak melarang rakyat untuk mengadakan perhimpunan asalkan tidak mengganggu ketenteraman awam dan menggugat keselamatan negara. Tetapi sekiranya perhimpunan yang terdiri dari 15 orang atau lebih merupakan PERHIMPUNAN HARAM disisi undang-undang,apalagi kalau perhimpunan tersebut bertujuan mengugat, kepentingan, keselamatan dan ketenteraman awam. 

saya percaya perhimpunan HARAM yang akan diadakan nanti merupakan satu perhimpunan HARAM yang akan menimbulkan kekacauan menganggu gugat keselamatan rakyat dan sekali gus mengancam keselamatan negara.
Adalah tidak masuk akal sekiranya mengumpul 300,000 ORANG semata-mata hanya untuk menyerahkan satu memorandum. 

walhal penyerahan ini boleh dihantar sendiri melalui jalan atau melalui prosedur yang sah. 
Saya melihat perhimpunan Haram yag akan diadakan ini merupakan satu hasutan dan bukan bercakap mengenai demokrasi. Inilah maksud sebenar tujuan perhimpunan HARAM ini dilakukan dan sekaligus mahu melihat keadaan negara menjadi kacau bilau dan menganggu gugat keselamatan rakyat, malah kesan yang paling teruk ialah ekonomi negara turut terjejas dan Selain soal keselamatan,perhimpunan haram itu akan memberi kesan kepada ekonomi negara yang kini pesat berkembang serta menjadi perhatian pelabur asing untuk menanam modal.

selain dari itu pendapatan peniaga dikawasan yang terlibat juga akan mengalami kerugian.Pada ,tahun 2007 adalah contoh terbaik di mana ramai peniaga menanggung kerugian akibat perhimpunan yang sama. 
Kebiasanya Pada bulan julai merupakan kedatangan pelancong dari timur tengah paling ramai setiap tahun dan jika perhimpunan berlaku ia boleh menakutkan para pelancong dan sekaligus mengambarkan imej buruk kepad negara malaysia. Sedangkan malaysia dikenali oleh dunia luar sebagai negara yang aman dan makmur tanpa persengketaan. 

Kalau mereka mengatakan SPR tidak telus dan tidak bersih, Pembangkang telah pun menguasai 5 negeri dan jikalau mereka mahu berkempen saya lihat di FB, twitter dan blog tidak pernah sunyi dari menceritkan perihal politik untuk meraih sokongan rakyat walaupun secara tidak jelas. walaupun pilihanraya umum ke 12 sudah berlalu hampir 3 tahun namun persada politik malaysia tidak pernah sunyi dari bercerita soal politik dan saban hari kita dihidangkan dengan cerita2 politik yang tidak pernah surut. 

Bukankah itu juga salah satu cara berkempen walaupun tidak jelas namun sedikit sebanyak dapat mempengaruhi minda masyarakat diluar sana dan setakat ini saya sendiri tidak pernah melihat atau mendengar pihak SPR melarang semua parti di malaysia berhenti untuk bercerita soal politik. 
Saya percaya rakyat malaysia semakin bijak untuk melihat dan mentafsir sendiri apa maksud disebalik perhimpunan ini diadakan. Justeru itu saya percaya rakyat malaysia yang mencintai keamanan dan kedamaian akan mengutuk dan menolak sekeras-kerasnya perhimpunan ini.


Perturan berhimpun di Malaysia

Pada 22 November 2011, kerajaan telah membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Parlimen.

Antara kandungan utama dalam APA2012 ini adalah kepada sesiapa yang mahu membuat perhimpunan aman di Malaysia. Antaranya termasuklah:

•Notis 10 hari sebelum perhimpunan diperlukan

•Protes jalanan tidak dibenarkan.

•Dilarang berhimpun di dalam atau dalam lingkungan 50 meter daripada kawasan-kawasan larangan seperti mana yang disenaraikan, termasuk hospital, sekolah dan tempat ibadat.

•Seksyen 8 membenarkan polis untuk mengambil sebarang langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan teratur dan berjalan lancar.

•Seksyen 9(5) membenarkan pihak polis mendenda pihak penganjur sebanyak tidak melebihi RM10,000 jika tiada notis awal diberikan;

•Seksyen 21(3) membenarkan pihak polis mendenda sesiapa yang telah ditahan sebanyak tidak melebihi RM20,000;

•Seksyen 20(1)(c) membenarkan pihak polis menahan sesiapa yang membawa, atau merekrut kanak- kanak untuk perhimpunan;

•Berumur kurang daripada 21 tahun adalah tidak dibenarkan untuk menganjur perhimpunan.

•Kanak-kanak yang berumur bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan kecuali acara-acara yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Pautan










Kebebasan Berhimpun

Hak untuk berhimpun adalah hak setiap warganegara Malaysia mengikut Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Hak tersebut membuka ruang untuk seorang warganegara berhimpun secara aman, tanpa senjata. Hak berhimpun diiktiraf dalam undang-undang antarabangsa seperti Artikel 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai Hak Awam dan Politik (ICCPR).
Dalam sebuah masyarakat yang demokratik, adalah amat penting untuk suara rakyat disampaikan ke peringkat keputusan tertinggi negara ini. Rakyat perlu melibatkan diri dalam pelaksanaan keputusan negara, sama ada secara langsung atau tidak, dan salah satu caranya adalah dengan meluahkan pendapat masing-masing melalui perhimpunan aman, serta bantahan ataupun cadangan. Melalui demonstrasi dan perhimpunan rakyat, warga Malaysia dapat melalui satu proses luah perasaan untuk melepaskan rasa tidak puas hati terhadap keputusan-keputusan kerajaan yang mewakili kuasa terbesar negara. Disebabkan kuasa yang bagaikan mutlak di dalam tangan kerajaan, maka amat mudah untuk pihak kerajaan melanggar hak asasi seorang individu ketika menjalankan urus tadbir negara. Himpunan rakyat adalah penting bagi rakyat memastikan kerajaan boleh bertindak muhasabah dan melakukan penambahbaikan dalam pentadbiran mereka setelah mendapat maklumbalas dalam bentuk bantahan awam sebegini.
Himpunan rakyat wujud sebagai satu landasan untuk pandangan rakyat didengari, sama ada oleh pihak kerajaan mahupun di peringkat antarabangsa. Pandangan ini bukan sahaja mewakili suara bilangan peserta di perhimpunan tersebut, tetapi juga harapan mereka untuk melihat kehidupan yang lebih baik melalui desakan kepada pihak tertentu untuk mengambil tindakan. Ia juga boleh dilihat sebagai suatu kaedah ‘civil disobedience’, dimana desakan dibuat terhadap pihak kerajaan supaya tuntutan rakyat dipenuhi. Di dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, suara rakyat adalah amat penting, maka sebuah demokrasi tidak akan sempurna tanpa protes ataupun perhimpunan rakyat, yang keduanya merupakan elemen penting dalam pembinaan masyarakat sivil yang berasaskan Kedaulatan Undang-Undang dan menghormati Keluhuran Perlembagaan.
Walaubagaimanapun, tiada hak yang mutlak yang wujud di dunia ini, dan kawalan perlulah dilaksanakan untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam. Artikel 10(2)(b) memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang mengekang kebebasan berhimpun atas alasan keselamatan negara dan ketenteraman awam. Di Malaysia, kita melihat Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai undang-undang utama yang mengawal perhimpunan aman di negara ini. Kekangan tersebut haruslah munasabah dan tidak menyekat kebebasan seseorang individu sehingga haknya tidak dapat dipraktikkan langsung. Jikalau kita mengkaji Akta Perhimpunan Aman tersebut, timbul juga beberapa seksyen yang tidak munasabah. Protes jalanan ditetapkan sebagai haram, dan protes jalanan diberi maksud perjumpaan di sesuatu tempat yang bergerak ke sesuatu tempat dalam kumpulan yang besar untuk tujuan tertentu. Individu berumur kurang daripada 21 tahun tidak dibenarkan berhimpun, dan ini bercanggahan dengan Artikel 15 Konvesyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, di mana kanak-kanak juga ada hak untuk berhimpun. Notis 10 hari tentang perhimpunan juga perlu diberi kepada pihak polis untuk himpunan di tempat yang bukan disediakan untuk himpunan. Pelanggaran syarat boleh menyebabkan penganjur didenda. Notis tersebut bukanlah untuk meminta kebenaran dari pihak polis untuk berhimpun, tapi tujuannya adalah untuk memberitahu polis untuk mengawal traffik demi memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar.
Pihak kerajaan haruslah menghormati Kedaulatan Undang-Undang serta Keluhuran Perlembagaan, seperti mana yang terkandung dalam Rukun Negara, dan tidak menggubal undang-undang yang tidak berasaskan semangat kedaulatan undang-undang.
Contoh terbaik sebuah perhimpunan rakyat yang aman adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 yang telah berlangsung di Stadium Merdeka awal tahun ini. Dengan ketiadaan Pasukan Simpanan Persekutuan atau Federal Reserve Unit kelihatan semasa perhimpunan tersebut, segala aktiviti yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar. Pertama kali dalam sejarah negara kita perhimpunan sebesar ini diadakan yang dihadiri oleh rakyat dari seluruh negara. Pihak polis juga tidak menggunakan kekerasan semasa menjalankan tugasnya, berbanding dengan yang telah dilakukan pada BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk demokrasi yang lebih telus.

Monday, 4 August 2014

Rumusan

Rancangan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di ibu negara pada 9 Julai depan bagi memperjuangkan agenda tertentu mereka, mendapat liputan meluas oleh media cetak dan elektronik sejak beberapa minggu lepas. Walaupun pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang permit kepada mereka untuk berbuat demikian berasaskan pertimbangan daripada segi keselamatan dan ketenteraman awam, namun penganjur perhimpunan itu tetap berdegil untuk meneruskan niat mereka, tanpa mempedulikan hak orang lain untuk menjalani kehidupan dengan tenang dan selesa.
Sehingga kini, pelbagai pihak, bukan sahaja di ibu negara, tetapi juga dari seluruh negara telah menyuarakan bantahan dan membuat laporan polis mengenai perhimpunan haram yang akan diadakan itu. Ini termasuk peniaga, pemandu teksi, pihak berkuasa seperti polis, pemimpin kerajaan dan badan bukan kerajaan. Bagaimanapun, kumpulan pengacau ini tetap berdegil untuk meneruskan juga agenda mereka untuk turun berdemonstrasi di jalanan.



Kumpulan Pengacau


Kumpulan ini cuba menghalalkan tindak-tanduk mereka dengan menjadikan rakyat sebagai perisai, tanpa memikirkan kesan negatif yang akan timbul daripada tindakan mereka.   Perhimpunan haram yang berlaku di Thailand, Indonesia dan Timur Tengah jelas memperlihatkan impak negatif yang sangat besar terhadap kestabilan politik, perpaduan dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi, selain merencatkan peningkatan kehadiran pelancong di negara terbabit.  Apa yang lebih membimbangkan, ada pihak luar yang mengambil kesempatan dan ini boleh menjejaskan imej negara di mata dunia.
Lebih malang lagi, tindakan tidak bertanggungjawab pihak pengacau itu turut membawa kesusahan terhadap golongan warga emas, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa. Golongan peniaga juga akan terjejas teruk sehingga terpaksa menanggung kerugian besar ekoran rusuhan yang terjadi ketika kumpulan pengacau ghairah berdemonstrasi.



Gunakan Saluran Undang-Udang


Jika penganjur menyatakan tujuan perhimpunan haram ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih, kenapa ia tidak dibawa mengikut saluran yang betul, iaitu menyerahkan kepada mahkamah atau menggunakan saluran undang-undang untuk menuntut atau menegakkan keadilan seperti yang diperjuangkan.  Malah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri telah menyatakan kesudian untuk mendengar tuntutan dan pandangan kumpulan pengacau ini.

Kesan Buruk


Ada yang berpandangan berhimpun itu suatu bentuk kebebasan yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun sejauh manakah keberkesanan pihak penganjur untuk menjamin demonstrasi yang dijalankan tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada banyak pihak, khususnya rakyat di sekitar Kuala Lumpur. Jika kita amati, berdasarkan pengalaman lalu, perhimpunan seumpama ini telah mengundang terlalu banyak impak buruk kepada negara apabila demonstrasi dijalankan di jalanan. Pihak yang berkepentingan tentunya tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam hal ini. 
Kalau disoroti pengalaman dahulu, pihak berkuasa seperti polis dan pasukan anti rusuhan seperti FRU dilabel sebagai tidak berperikemanusiaan terhadap aktivis yang berdemonstrasi. Wartawan asing dan media yang menyokong agenda perjuangan parti tertentu ternyata membuat liputan berat sebelah apabila hanya menyiarkan sedutan rakaman yang menggambarkan pihak berkuasa bertindak ganas menghuraikan perhimpunan yang diadakan.  
Kerugian Jutaan Ringgit




Antara aspek yang perlu diberi perhatian oleh golongan yang degil ini adalah kerugian yang bakal ditanggung banyak pihak jika demonstrasi haram ini diteruskan. Presiden Persatuan Pemandu Teksi Lembah Klang, Datuk Aslah Abdullah mendakwa seramai 21,000 pemandu teksi di Lembah Klang akan mengalami kerugian RM3.2 juta sehari. Itu baru pemandu teksi. Bayangkan berapa besar jumlah keseluruhan kerugian yang terpaksa ditanggung golongan peniaga dan individu di sekitar lokasi yang disasarkan pihak berkenaan untuk berdemo? 
Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2009 melaporkan, peniaga di sekitar ibu negara menanggung kerugian sekurang-kurangnya RM100 juta akibat demonstrasi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang didalangi oleh pihak yang sama sehari sebelumnya. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang meninjau lokasi terbabit, anggaran awal jumlah kerugian itu dibuat berdasarkan aduan yang diterima daripada para peniaga. Peniaga di Lorong Tuanku Abdul Rahman sahaja, menanggung kerugian dianggarkan berjumlah RM3 juta. 
Soalnya, sanggupkah penganjur perhimpunan itu membayar pampasan dan kerugian kepada golongan peniaga ini? Atau, adakah pihak penganjur akan sekali lagi bersikap lepas tangan dan menyalahkan pihak berkuasa sekiranya berlaku rusuhan dan kerosakan harta benda awam  akibat kedegilan dan kerakusan kumpulan berkenaan.




Jangan Gadai Keharmonian Yang Ada


Biarpun mungkin kita saling berbeza pendirian politik, janganlah kita menggadaikan keharmonian dan keutuhan hubungan antara kaum yang terbina selama ini, demi mencapai matlamat politik sendiri melalui jalan singkat.
Hormatilah hak-hak rakyat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan secara bersama. Menerusi Perlembagaan ini juga, kita dijamin untuk mengamalkan sistem demokrasi terpimpin. Justeru, tidak ada mana-mana individu mempunyai alasan yang lebih konkrit dan munasabah untuk menjadikan perhimpunan haram sebagai medium untuk menyuarakan ketidakpuasan hati, yang akhirnya akan membawa mudarat yang lebih besar kepada kestabilan politik, kesepaduan rakyat dan kedaulatan negara yang tercinta.
Tolaklah dan janganlah kita layani kumpulan pengacau yang hanya memperjuangkan kepentingan peribadi mereka.  Usahlah biarkan diri kita diperalat oleh golongan yang tidak tahu menghargai kestabilan dan keamanan negara ini semata-mata untuk mencapai matlamat mereka.

Kita rakyat di bumi tercinta, Malaysia tidak sanggup dijajah minda, apa tah lagi kuasa asing. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh – Malaysia tetap di hati biar, di mana kita berada


Sunday, 3 August 2014

Rujukan

Buku.

   1. Perlembagaan Malaysia oleh Abdul Aziz Bari. (Ayah Pendidikan Sdn Bhd)
   2. Perkembangan Perlembagaan Malaysia oleh Mohd Aris Hj Osman (Fajar Bakti 1983)

Internet.
  1. ms.m.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia
2. https://www.malaysia.gov.my/about-malaysia?subCatld=3208962&type=2&categoryId=3208960