Tuesday, 5 August 2014

Kesan buruk perhimpunan haram di Malaysia


Perhimpunan Haram Akan Beri Kesan Pada Perdagangan dan Pelaburan Malaysia.

Perhimpunan haram yang dijangka pada Sabtu ini akan memberi kesan (negatif) kepada perdagangan dan pelaburan Malaysia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.
Katanya perhimpunan haram itu akan mewujudkan satu kesan negatif kepada pelaburan langsung asing (FDI) yang meningkat secara signifikan, dari tahun ke tahun.
Mukhriz berkata kestabilan politik adalah kriteria yang sangat penting di dalam usaha negara ini untuk menarik FDI dan sehingga ini, Malaysia sangat berjaya di dalam usaha itu.
“Banyak pelabur, yang pada peringkat awalnya merancang melabur di negara jiran, telah mengalihkan rancangan mereka untuk melabur di Malaysia selepas berlaku krisis politik di negara yang disasarkan pada asalnya.
“Sekarang, jika kita berhadapan krisis yang sama di sini, tanggapan para pelabur terhadap Malaysia dan Asean, secara umumnya, akan menjadi negatif,” katanya kepada pemberita di sini Selasa selepas satu majlis perkongsian pengetahuan dengan kira-kira 45 pelajar universiti yang ditawarkan melakukan latihan di seberang laut.
– BERNAMA
Perhimpunan haram dikhuatiri cetus rusuhan kaum
KUCHING: Tindakan Persatuan Anak Muda Sarawak untuk mengadakan Perhimpunan Haram di Padang Merdeka, 31 Disember ini, mendapat kecaman dari Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Ketua Pemuda PBB, Datuk Haji Fadillah Yusof berkata, perhimpunan itu dikhuatiri akan mencetuskan pertelagahan antara kaum di Sarawak.
“Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh mencetuskan suasana tidak tenteram, huru-hara dan menjejaskan keharmonian kaum yang dinikmati rakyat pelbagai kaum selama ini.
“Tindakan pihak terbabit sama sekali bercanggah dengan nilai-nilai budaya di Sarawak yang dihuni kira-kira 30 suku etnik yang selama ini hidup aman dan harmoni,” tegasnya.
Malah, katanya, rakyat beragama Kristian baru sahaja menyambut perayaan Krismas dalam suasana aman harmoni dengan budaya saling mengunjungi tanpa mengira kaum dan anutan agama berdasarkan konsep 1Malaysia yang menjadi nadi kekuatan perpaduan di Sarawak.
Menteri Kerja Raya itu menasihati rakyat di semua peringkat usia supaya tidak terpengaruh dengan hasutan persatuan terbabit atau mana-mana pihak berkepentingan yang mahu mencetuskan suasana huru-hara dan porak-peranda menerusi perhimpunan sedemikian.
“Kita perlu sama-sama memelihara keharmonian kaum dan keamanan di negara ini dengan menggunakan saluran yang betul untuk menyatakan rasa tidak puas hati, bukannya bertindak melakukan perhimpunan yang kononnya aman tetapi boleh bertukar menjadi insiden yang tidak diingini,” katanya.
Tambahnya, negara ini memiliki saluran demokrasi berparlimen dan Dewan Undangan Negeri atau kepada kementerian untuk menyampaikan rasa tidak puas hati atau apa jua masalah tanpa perlunya mencetuskan huru-hara.
“Saya menggesa semua pihak memelihara keamanan  dan keharmonian kaum dengan menghindarkan diri daripada terlibat dengan perhimpunan sedemikian demi mengelakkan kejadian tidak diingini tercetus di negara yang kita cintai ini,” ujarnya.
PBB akan memantau keadaan dan akan membuat laporan polis sekiranya perlu.
Jika tidak, perkara itu mampu mengganggu keharmonian dan kestabilan yang akan dikecapi menjelang ambang tahun baru nanti dengan insiden yang tidak dijangka.
“Justeru, kita perlu sama-sama memfokuskan perhatian dalam usaha untuk membangunkan negeri Sarawak demi kesejahteraan rakyat, bukan sebaliknya.
“Apa yang kita harapkan adalah sambutan kali ini diraikan secara aman tanpa melibatkan perhimpunan jalanan yang diharapkan oleh pihak tertentu untuk mengucar-kacirkan keadaan,” katanya.

Perhimpunan haram salah di sisi undang-undang.
Mari saya terangkan dalam perlembagaan persekutuan Malaysia, Perkara 10,Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuh Persatuan. bermaksud 

Setiap warganegara mempunyai hak untuk bebas bercakap bagi mengeluarkan buah fikiran, berhimpun secara aman dan berhak menubuhkan persatuan. 

Begitulah perkara yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Kebebasan bercakap dihadkan kepada kata-kata yang tidak menjadi fitnah, kata-kata yang tidak menjadim hasutan, kata-kata yang tidak mencerca mahkamah atau yang melanggar hak keutamaan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

 Sesiapa yang menyebut, menulis, mencetak, menjual atau menyiarkan perkataan-perkataan yang mempunyai maksud hasutan dan menyoal perkara-perkara sensitif seperti seperti hak keistimewaan orang Melayu dianggap sebagai melakukan kesalahan mengikut undang- undang dan mereka boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda sebanyak Rm5000. 

Warganegara juga berhak untuk berhimpun secara aman tanpa bersenjata. Sungguhpun demikian, perhimpunan yang terdiri daripada 15 orang atau lebih adalah haram di sisi undang-undang jika maksudnya adalah untuk menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan kerajaan atau pihak yang berkuasa. Di samping itu juga, isu-isu sensitif tidak boleh dibangkitkan dalam perhimpunan dan pengucapan umum. 

Selain itu, setiap warganegara Persekutuan berhak menubuhkan persatuan dengan syarat persatuan tersebut tidak mengugat kepentingan, keselamatan dan ketenteraman awam. Sesebuah persatuan itu akan dibatalkan pendaftarannya sekiranya difikirkan pertubuhan itu digunakan untuk maksud yang memudaratkan kepentingan keselamatan Persekutuan dan keamanan awam. 


Jelas dalam Perlambagaan Persekutuan Malaysia Perkara 10, Tidak melarang rakyat untuk mengadakan perhimpunan asalkan tidak mengganggu ketenteraman awam dan menggugat keselamatan negara. Tetapi sekiranya perhimpunan yang terdiri dari 15 orang atau lebih merupakan PERHIMPUNAN HARAM disisi undang-undang,apalagi kalau perhimpunan tersebut bertujuan mengugat, kepentingan, keselamatan dan ketenteraman awam. 

saya percaya perhimpunan HARAM yang akan diadakan nanti merupakan satu perhimpunan HARAM yang akan menimbulkan kekacauan menganggu gugat keselamatan rakyat dan sekali gus mengancam keselamatan negara.
Adalah tidak masuk akal sekiranya mengumpul 300,000 ORANG semata-mata hanya untuk menyerahkan satu memorandum. 

walhal penyerahan ini boleh dihantar sendiri melalui jalan atau melalui prosedur yang sah. 
Saya melihat perhimpunan Haram yag akan diadakan ini merupakan satu hasutan dan bukan bercakap mengenai demokrasi. Inilah maksud sebenar tujuan perhimpunan HARAM ini dilakukan dan sekaligus mahu melihat keadaan negara menjadi kacau bilau dan menganggu gugat keselamatan rakyat, malah kesan yang paling teruk ialah ekonomi negara turut terjejas dan Selain soal keselamatan,perhimpunan haram itu akan memberi kesan kepada ekonomi negara yang kini pesat berkembang serta menjadi perhatian pelabur asing untuk menanam modal.

selain dari itu pendapatan peniaga dikawasan yang terlibat juga akan mengalami kerugian.Pada ,tahun 2007 adalah contoh terbaik di mana ramai peniaga menanggung kerugian akibat perhimpunan yang sama. 
Kebiasanya Pada bulan julai merupakan kedatangan pelancong dari timur tengah paling ramai setiap tahun dan jika perhimpunan berlaku ia boleh menakutkan para pelancong dan sekaligus mengambarkan imej buruk kepad negara malaysia. Sedangkan malaysia dikenali oleh dunia luar sebagai negara yang aman dan makmur tanpa persengketaan. 

Kalau mereka mengatakan SPR tidak telus dan tidak bersih, Pembangkang telah pun menguasai 5 negeri dan jikalau mereka mahu berkempen saya lihat di FB, twitter dan blog tidak pernah sunyi dari menceritkan perihal politik untuk meraih sokongan rakyat walaupun secara tidak jelas. walaupun pilihanraya umum ke 12 sudah berlalu hampir 3 tahun namun persada politik malaysia tidak pernah sunyi dari bercerita soal politik dan saban hari kita dihidangkan dengan cerita2 politik yang tidak pernah surut. 

Bukankah itu juga salah satu cara berkempen walaupun tidak jelas namun sedikit sebanyak dapat mempengaruhi minda masyarakat diluar sana dan setakat ini saya sendiri tidak pernah melihat atau mendengar pihak SPR melarang semua parti di malaysia berhenti untuk bercerita soal politik. 
Saya percaya rakyat malaysia semakin bijak untuk melihat dan mentafsir sendiri apa maksud disebalik perhimpunan ini diadakan. Justeru itu saya percaya rakyat malaysia yang mencintai keamanan dan kedamaian akan mengutuk dan menolak sekeras-kerasnya perhimpunan ini.


No comments:

Post a Comment